Usahawan JomSate.com

Dengan perkembangan ekonomi semasa yang tidak menentu dan kejatuhan nilai ringgit, ramai rakyat Malaysia yang masih tidak mampu menampung keperluan harian keluarga.

Terutama sekali mereka yang menghadapi masalah pekerjaan seperti di tamatkan perkhidmatan di sebabkan oleh kerugian pihak syarikat dan sebagainya. Ada yang mempunyai pekerjaan tetap namun masih tidak mencukupi terutama sekali yang tinggal di bandar-bandar besar.peminat sate
cawangan hatinie1
Syarikat EKZA FOOD RESOURCES (SA0418589-A) berhasrat untuk memberi peluang menjana pendapatan secara part-time atau full-time kepada rakyat Malaysia yang masih tercari cari produk yang sesuai untuk memulakan perniagaan.

Dengan model perniagaan usahawan kami di Restoran Hatinie Seksyen 10 Shah Alam, kami yakin bakal usahawan Jomsate.com juga mampu menjana pendapatan RM3000-RM5000 sebulan bergantung pada lokasi dan waktu perniagaan.

Namun pihak syarikat prihatin dengan kepayahan bakal usahawan untuk mendapatkan dana sebagai modal permulaan perniagaan. Dengan itu, syarikat EKZA FOOD RESOURCES (SA0418589-A) berkerjasama dengan pihak Yayasan Hijrah Selangor melalui pembiayaan Mikrokredit Bersepadu di bawah program 'Zero to Hero' untuk membantu bakal usahawan memulakan perniagaan mereka.


Usahawan JomSate.com dan Lokasi Perniagaan

Syarikat EKZA FOOD RESOURCES (SA0418589-A) sudah pun melancarkan produk Sate Ayam, Daging (Tenderloin), Perut, Kambing dan juga Sate Rusa pada 21hb Mei 2017 yang lalu. Ramai bakal usahawan yang hadir di majlis tersebut yang di adakan di perkarangan kilang Jomsate.com di Seksyen U12 Shah Alam.

usahawan anifSelepas majlis pelancaran tersebut, beberapa usahawan telah pun mendaftarkan diri untuk program Usahawan Jomsate.com dan kini telah pun menjalankan perniagaan di lokasi masing masing.

En. Muhamad Anif Mastor (30 tahun) merupakan usahawan kami yang pertama beroperasi di Restoran Al Wadud, Seksyen 7 Shah Alam.

Hasil perbincangan dengan pemilik restoran, Jomsate.com hanya beroperasi pada jam 6usahawan aminah petang hingga lewat malam di lokasi tersebut.


Cik Siti Nur Aminah Mohamed Hizeir (20 tahun) adalah usahawan kami yang paling muda dengan gerai Jomsate.com yang beroperasi di Restoran Rokmar, Bandar Kinrara, Puchong.

Di lokasi ini, usahawan Jomsate.com kami beroperasi dari jam 12 tengahari hingga 10 malam setiap hari.
usahawan salmah
Pn. Salmah Saad (57 tahun) adalah seorang ibu tunggal yang gigih untuk menjadi usahawan Jomsate.com dengan lokasi gerai di Restoran SaSya Delight, Denai Alam, Shah Alam.

Gerai Jomsate.com di sini beroperasi dari jam 7 pagi hingga 1 tengahari. Beliau juga bercadang untuk membuka cawangan baru di Subang Permai dengan 2 waktu operasi dari jam 7 pagi hingga 1 tengahari dan dari jam 5 petang hingga 10 malam.

usahawan abu hanifah
En Abu Hanifah Mohamad Nazari (36 tahun) adalah seorang pengusaha pusat Tahfiz di sekitar Shah Alam dan Melaka.

Beliau berminat dengan program usahawan Jomsate.com ini setelah merasai kenikmatan sate keluaran kami.

Gerai beliau terletak di Restoran Dapur Warisan Rasa di seksyen 13, Shah Alam dengan waktu operasi dari jam 9 pagi hingga 2 tengahari dan dari jam 8 malam hingga lewat malam.

Perniagaan sate di bawah program Jomsate.com ini berkonsepkan jualan sate di siang hari di gerai-gerai makan tumpuan orang ramai. Usahawan juga boleh berniaga mengikut kesesuaian masa masing-masing.

usahawan ekramModel usahawan Jomsate.com kami yang berjaya menerapkan konsep makan sate di siang hari adalah di Restoran Hatinie Seksyen 10, Shah Alam. Ramai penggemar sate berkunjung ke sini untuk mendapatkan habuan sate harian mereka kerana gerai kami beroperasi dari jam 7 pagi hingga 2 tengahari setiap hari (kecuali Isnin).

Semua bakal usahawan Jomsate.com yang telah melengkapkan pendaftaran dan yuran program usahawan akan menjalani kursus intensif membakar, menyedia dan menghidang sate kepada pelanggan di cawangan kami di Restoran Hatinie Seksyen 10, Shah Alam ini.